|
Satu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, waktu
kebiasaan lori sampah mengutip sampah2. Kereta kami terberhenti di belakang lori
sampah kerana jalan yg sekadar muat2 je. Then seorg pekerja menahan kereta dr
arah bertentangan supaya kereta kami boleh lalu.
”Rajin betul pakcik nih, bersungguh2-sungguh betul dia
buat kerja” walaupun bekerja sebagai pengutip sampah, kerja yang
kebanyakan dari kita tak nak buat. Tapi pakcik tadi bukan sahaja sekadar
bekerja, tapi bekerja bersungguh-sungguh. Kekadang kita tak ambil kesah pun
tentang org2 yang berkerja sebagai pemungut sampah, tukang sapu atau pencuci
tandas nih. Tapi seharusnya kita sedar, tugas mereka tetap memberi impak
positif pada kita. Mereka melalukan kerja yang kotor supaya kita tidak kotor. Mereka
sanggup bersusah menahan bau supaya kita merasa selesa. Bayangkan saat kita tak
sanggup mencium bau sampah dari lori mereka, mereka pula berada didalam lori
tersebut.
|
| Leave a Comment: |